Saturday, October 29, 2011

Doa Umpama Cahaya Terindah


Doa umpama cahaya terindah
Memujuk jiwa yang sedang gundah

Doa senjata setiap mukmin
Bermula dengan Bismillah disudahi Amin

Doa anugerah anugerah dari Yang Maha Esa
Tanda kasih seluas angkasa

Dengan doa teguhlah harapan
Hati mekar bersama impian

Muslim sejati sering berdoa
Kala gembira mahupun berduka

Doa disebut setiap ketika
Mengahalang bisikan syaitan celaka

Kala berdoa beradab sopan
Berakhlak santun menhadap tuhan

Dalam doa ada harapan
Dalam harapan pahala berganda

Allah tidak nampak di mata
Tetapi bergetar di dalam jiwa

Bergantung hidup pada manusia
Esok lusa diakan lupa

Bergantung harap pada ilahi
Hidup pasti lebih diberkati

Selepas solat panjatkan doa
Zikir dan tasbih peneman utama

Dengan mengingati yang Maha Pemurah
Hati Bersih tiada gelisah

Tika berjaya usahlah leka
Bimbang ditarik nikmat yang ada

Betapa besar rezeki digapai
Selalu bersyukur tak pernah lalai

Sebagai insan dikurnia aka
Selepas berdoa jalinkan tawakal

Dengan tawakal kita berserah
Jika gagal bukanlah musibah

Gagal hanya pengajaran
Baiki diri di masa hadapan

Allah suka orang berusaha
Kerja keras ibadah mulia

Gigih dan tekun ciri terpuji
Berteman doa kepada ilahi

Jika hati berpaksi Allah
Ujian melanda bukan masalah

Selagi nyawan ada di badan
Ayuh bangunkan segala wawasan

Tiada bumi tak ditimpa hujan
Apa terjadi 1 peringatan

No comments:

Post a Comment